Home Top Ad

Responsive Ads Here

Resepi Nasi Ayam Penyet Simple Dan Enak

Share:

Sebut saja Nasi ayam Penyet dah terbayang ada ayam, ulam-ulaman dan sambal menjadi peneman nasi putih.


Kalau selalunya kita beli j, kali ni cuba buat versi sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur. 

Puas hati bila makan hasil air tangan sendiri, menambah banyak kali pun tak kisah.

Bahan-bahan:

Untuk perapan ayam:-

1 ekor ayam (ayam kampung lagi sedap rasanya)
Sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih
Seinci halia
3 biji cili api
Garam dan kunyit

Gaulkan semua bahan dan perap dalam masa 1 jam. Baru di goreng.

Sambal

3 sudu minyak
4 ulas bawang putih
1 biji tomato
Belacan sebesar ibu jari
10 biji cili api ( ikut kepedasan yang di inginkan)
Garam dan gula

Cara buat sambal

Semua bahan di atas di goreng kecuali garam dan gula. Selepas itu tumbuk dan tumis balik bahan tadi.

Ambil bahan perapan sedikit masuk ke dalam tumisan tadi. Perasakan dengan garam dan gula.

Hidang dengan ulam seperti kobis dan timun. 

Tiada ulasan